Atas Nama Cinta

Friday 29 April 2016

Cekodok Dodol


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah lama tak menjengah blog sendiri...hehe.. dok usha² blog orang aje kan... So.. hari ini baru berkesempatan untuk mengupdate... pernah dengar cekodok dodol x? memang superb mabeles.. makan lak time panas² dodol yg masih melt lagi... dah bertahun gak tak makan cekodok dodol ni.. dulu² arwah mak slalu buatkan so family kami mmg sume hantu dgn cekodok dodol ni... nak buat pon sng aje dan kalo sape² xsuke dodol yg dh keras tu mcm saya jangan la dibuang.. boleh dibuat cekodok dan nanti dodol tu akan lembut didalam adunan tepung itu...cewahhh!!! ok kt bawah ni saya kongsikan resepi walaupon sume orang tau membuatnya...kikiki


CEKODOK DODOL

Bahan-bahan:

Tepung Gandum
Dodol (potong kiub)
Garam
Air
Minyak

Cara-cara:

Bancuh tepung sama macam nak wat cekodok bawang tp yang ni xperlukan bawang. dah sebati semuanya baru masukkan dodol seketul². then masa nak goreng tu just cedok seketul n gorengkan dalam minyak panas macam nak goreng pisang.. siap!!!




Minum pulak dengan air kopi O... perghhhhh!!!



Friday 26 February 2016

Kek Batik


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai.... sementara tengah rajin mengupdate blog ni... nak berkongsi sket menu yang tak seberapa yang pernah terjadi kejadian nye... hihihi 
Projek hujung minggu.. teringin nak makan kek batik dan spagheti carbonara.. jom layankan...

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan buat kek batik:
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
3/4 tin susu pekat manis
1 buku buttercup
1 paket biskut Marie
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat kek batik:
  1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan esen vanila dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik biar mudah nak dikeluarkan.
  5. Padatkan kek batik tadi dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam.









budak bambam

sedap nye



Monday 2 November 2015

Menu Of The Day

Menu Of The Day

Assalammualaikum..

macam biasa rutin harian ku... tengahari waktu lunch balik rumah masak... so masa aku dalam 45 minit kena sediakan menu untuk anak² yang akan sambung sekolah agama dan suami pulak sambung keje balik... ^_^




Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Assalammualaikum..

Ahad lepas punye projek... saje merajinkan diri nak try resepi baru...hehehe

permintaan anak2 dan adik nak makan kek coklat... layankan je la asalkan ade   mood R... hehe

try resepi Sheila Rusly tp xwat coklat ganache...malas...huhuhu




Kek Coklat Kukus Lapis Cheese
by :Resepi Sheila Rusly

* Sebelum mula membuat kek, pastikan semua bahan berada pada suhu bilik yer.
Bahan-bahan - Kek cheese
250 gm cream cheese - saya guna jenama tatura, satu peket 250 gm
60 gm gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 biji telur- saya guna gred B
1sudu besar air
i sudu tepung gandum
Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Saya guna hand mixer.
2. Masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Biarkan sebentar.
Bahan-bahan - Kek coklat
2 biji telur- gred B
1 cawan gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum **
3 sudu besar serbuk koko**
1 sudu kecil baking soda**
1/2 sudu baking powder**
** Diayak terlebih dahulu.
Cara penyediaan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. sau guna hand mixer.
Setelah kembang, masukkan esen vanilla dan garam.
2. Kemudian, masukkan air panas, susu cair dan minyak masak. Dan, kacau sebentar.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Kemudian, biarkan sebentar dan bahagikan kepada dua adunan.
Bahan-bahan - Coklat Ganache
150gm coklat masakan - saya guna jenama Nona
1/4 susu cair Resepi Sheila Rusly
1 sudu besar minyak/mentega
Cara penyediaan:
1. Panaskan susu dan coklat masakan (kaedah double-boiler). Jika direct api, coklat boleh hangit.
2. Padamkan api dan kacau sehinga cair.
3. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Ketepikan
Cara mengukus kek:
1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana. Balut penutup kukusan dengan kain yang bersih, untuk mengelakkan air kukusan jatuh kedalam kek.
2. Sapu sedikit mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak/ aluminium foil.
3. Tuang separuh adunan coklat kedalam loyang dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
4. Selepas 15 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan kek coklat. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan cream cheese diatasnya dan ratakan. kemudian, tutup balik menggunakan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
5. Setelah 20 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan cheese cake. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan kek coklat diatasnya dan ratakan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Setelah kek sejuk, tuang coklat ganache diatasnye. Alhamdullilah siap!




 

Tuesday 27 October 2015

FaMiLy DaY JiMBa²

FaMiLy DaY JiMBa²
17-18 Oktober 2015








































Percutian bersama dengan budak² opis...akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya... banyak cabaran dan dugaan jugak la nak uruskan family day ni...huhuhu
semua sporting dan anak² suke dapat bermain, berkawan dan yang penting masing² dapat hadiah...hehehe
Mari layan gambar² di bawah