Atas Nama Cinta

Sunday, 21 September 2014

Kuih Buah Melaka

Assalammualaikum...

Hari ni berkesempatan aku membuat kuih feveret sejak dulu lagi... permintaan dari anak dara yg minat dengan kuih buah melaka ni...maklumla kampung halaman ku pon di melaka....hehehe
sebelum ni aku pernah wat entry kuih ni leh cedok resepi di sani ye Kuih Buah Melaka


hijau vs pink


Monday, 14 April 2014

Kenangan Terindah III



Kenangan Terindah III




My 3rd son....  

Nama : Muhammad Aryan Ziqri 
Tarikh Lahir : 11.04.2013 
Berat : 3.2 kg 
Masa Lahir : 11.35 pagi 
Tempat : HUKM 


Assalammualaikum...

nak story mory sket pengalaman besalin anak ketiga aku tanggal 11 April 2013 jam 11.35 pagi di HUKM. ikutkan due date aku pada 14 April 2013 cuma terawal 3 hari je...huhu.. ikutkan pengalaman anak yang ketiga mmg mencabar sket maklum la dah 6 tahun baru nak dpt yang ketiga ni mcm nak dpt anak pertama je...hehehe

pukul 3 pagi aku dah mula rasa sakit² pinggang..sakit tu mcm skjp ok pastu hilang..dah aku mcm rasa nak dkt besalin ni kot..aku pon bangun ke toilet nak buang air..terkejutnya aku tgk² dah ade darah kuar sket...terus aku gerakkan Mr. A yang tgh nyenyak tido (nmpk x gabranya aku kat situ mcm nak besalinkan anak pertama...ahaks) Mr. A pon gabra gak time tu kot² bini dia nk nak besalin dah ke...xpe aku kate rileks dulu tgk dulu kalo xsakit sgt malas la aku nak serahkan diri kat spital tu..mmg xdpt tido la lps tu skjp² aku tgk jam rasa lmbt je masa berlalu...sakit aku dh makin kerap tp dalam masa 20 minit kjp ok kjp sakit la...

pukul 8.00 pagi selesai hantar anak2 sekolah aku pon ajak juga la Mr. A pegi spital sbb dah rasa makin kerap sakit nya...sekali sah tiba di hukm bila di check baru bkk 3 cm...so aku kena tahan wad juga la perkara yg aku paling xsuke sbb kena tanggung sakit sorg² suami xleh masuk tnggu...waaaaaaa!!!!!

dalam wad aku di suruh bnyk berjalan supaya senang besalin nnt...terasa lama aku di wad menahan sakit yg kerap datang...sehingga la 3 kali aku panggil doktor srh check aku lg brp cm sudah...huhuhu...akhirnya time aku utk diperiksa sdh tiba...masa itu la aku dah kerap sgt sakit tiap 5 minit...sehingga aku diperiksa pon aku dah nak meneran spt nak besalin...cuak gak la doktor tu srh aku tahan kjp..masa tu dh buka 7cm so aku terus ditolak ke labour room...dalam labour room aku menahan sakit lama sampaikan Mr. A pon xtau nak wat apa lg dgn  kesakitan bininya..huhu

tak dapat aku nk gambarkan camne perasaan aku menahan sakit lbh lama dari biasa dan brp kali aku mula nak meneran tapi ditahan oleh nurse sbb masih 8cm lg...baring ku sume serba x kena...Mr. A hanya mampu mengurut dan mengelap peluh ku shj...huhuhu... dan tiba² aku rasa betul² nak keluarkan baby aku terus jerit kat nurse sy dh xtahan nk teran...nurse tgk² dah 10cm dan aku pon mulakan perjuanganku...dgn 2 kali teran terdengar la suara baby ku dan terserlah rasa legaku...hahaha.. bila terpandangkan muka baby boyku segala sakit terasa seakan-akan pergi spt angin lalu...baby diletakkan ke dadaku dan begitu terharu aku rasakan...

dan selepas tu mula la kerja² nurse seterusnya...tapi kali ni pengalaman ku sedikit perit...setelah proses menjahit dan nurse mula check rupa² nya darah ku tidak dikeluarkan abis..aku di seluk beberapa kali tanpa membuka jahitan yang baru dijahit (cuba korg bayangkan...aku yg tgh menaip ni pon terasa ngilu beb)...tersiksa aku beb...huahuahua xpe la benda yg lps jgn dikenang...slp segalanya selesai aku dipindahkan ke wad...bayangkan lama aku di labour room kol 4 ptg lbh baru aku di masukkan ke wad...esok pagi nya aku bangun ke toilet dan terasa nak pitam bila smpai ke toilet dan nasib baik la aku tak terjatuh kerana boleh mmbawa maut kepadaku...sampai saje di katil aku mula tekan butang panggil nurse kerana tidak tahan hendak pitam...rupa² aku kekurangan darah...dan mula la aku ditaha 2 hari lg kerana dimasukkan 2 beg darah...huaaaaaa!!!

ok..smpai sini aje lah...bila menatap wajah kesayangan hilang jugak sakit yg ku tanggung...hehehe.. sekian... next entry aku cite lagi eh...babai

Sunday, 16 March 2014

BERIADAH DI TAMAN TASIK PERDANA


BERIADAH DI TAMAN TASIK PERDANA


aunty lina bawa jalan² kat taman tasik perdana....
seronok la budak² ni kalo diajak berjalan...dapat pulak main playground








Monday, 11 November 2013

Orang Baru....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


dah lama sy x update blog ni...sejak ade orang baru dalam hidup ni aku sentiasa bz...huhu
meh nak perkenalkan orang baru cinta hati daku ni....dah masuk 7 bln hari ni dak bambam ni...



Thursday, 4 April 2013

TANDA-TANDA AWAL BERSALIN


TANDA-TANDA AWAL BERSALIN


alhamdulillah hari ni dah 38w 5d...masih blom kuar² lagi...huhu...maybe nak ikut masa kakak kot terlebih 3 hari dari tarih due...masa aqil lak awal 2 minggu...so bersabar la dgn penuh debaran...al maklum la dh hampir 6 thn baru nak ade org baru lak... ;-)

so kali ni aku banyak wat research...hehehe..biasa la dh bnyk yg lupa..so kali ni bnyk yg aku tgk kt laman sesawang org lain bnyk yg sama tanda² nak bersalin ni so kali ni aku lak nk berkongsi di sini...


Tanda-Tanda Bersalin


Kontraksi Rahim
  • Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
  • Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah Ketuban
  • Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
  • Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks Terbuka
  • Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.



Bayi Turun Ke Bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.



Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakangseumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.

Monday, 25 February 2013

Persiapan Menyambut Orang Baru ;)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wah!!! dah bersarang rupanya blog ku...huhuhu
dah lama daku xupdate story di blog...
bukannya malas tapi mmg xde masa...
hari ni genap la usia kandungan ku 33w 3d (47 days to go!)  berdebar gak la walaupon nak masuk anak ke 3


dah lama gak la aku x upload gambar masakan...
rindu lak rasanya nak amik pic gambar masakan hasil dr air tangan ku sendiri...hehehe (perasan sedap la kan)...d


berbalik pada cerita usia kandungan ku yg dah masuk trims ke3...
dengan semua persiapan yg dah complete 99%...
hanya 1% lagi tang brg mama nye la...hihihi...
kali ni utk set besalin aku nak try set besalin Tanamera memandangkan yg akan jaga aku dlm pantang adalah adik ku sendiri yg bekerja di spa tanamera kat pertama complex..


so ni adalah checklist brg² baby yg dh di packing ke dlm bag :

1. baju baby lengan panjang (1 helai)
2. baju baby lengan pendek (2 helai)
3. tuala mandi baby
4. topi, mitten, booties
5. selimut bertutup kepala boleh dibuat bedung skali
6. napkin (2 helai)
7. mandian, bedak baby
8. drypers newborn (yg dpt freegift....hehe)
9. 1 bantal karipap wat lapik kepala baby tido nnt

tu je la kot setakat ni...minyak yuyi, vicks xbeli lagi ni utk standby...hhhmmmmm

untuk brg² mama lak :

1. baju tshirt (1 helai)
2. kain batik (1 helai)
3. tuala mandi
4. sabun, berus n ubat gigi
5. stokin
6. milo 3 in 1 n biskut sket
7. buku merah (penting ni kena standby)

tu je la kot...nnt check balik kalo de kekurangan...



Friday, 30 November 2012

UniVeRsaL StuDio SinGaPoRe ~ParT 2~

UniVeRsaL StuDio SinGaPoRe ~ParT 2~


sambung cite balik psl singapore...kali ni jamu photo yerk...next baru story   =)

































APALAH YANG DIBINCANGKAN 3 BERANAK NI YERK...HIHI
















adik² bujang lg ni...hikhik


















bila masa lak sesat baju kaler hijau ni...huhu

ada bran!!!!