Atas Nama Cinta

Thursday 4 April 2013

TANDA-TANDA AWAL BERSALIN


TANDA-TANDA AWAL BERSALIN


alhamdulillah hari ni dah 38w 5d...masih blom kuar² lagi...huhu...maybe nak ikut masa kakak kot terlebih 3 hari dari tarih due...masa aqil lak awal 2 minggu...so bersabar la dgn penuh debaran...al maklum la dh hampir 6 thn baru nak ade org baru lak... ;-)

so kali ni aku banyak wat research...hehehe..biasa la dh bnyk yg lupa..so kali ni bnyk yg aku tgk kt laman sesawang org lain bnyk yg sama tanda² nak bersalin ni so kali ni aku lak nk berkongsi di sini...


Tanda-Tanda Bersalin


Kontraksi Rahim
  • Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
  • Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah Ketuban
  • Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
  • Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks Terbuka
  • Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.



Bayi Turun Ke Bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit Belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah Air Ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.



Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakangseumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.

No comments:

Post a Comment