Atas Nama Cinta

Monday 2 November 2015

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Assalammualaikum..

Ahad lepas punye projek... saje merajinkan diri nak try resepi baru...hehehe

permintaan anak2 dan adik nak makan kek coklat... layankan je la asalkan ade   mood R... hehe

try resepi Sheila Rusly tp xwat coklat ganache...malas...huhuhu




Kek Coklat Kukus Lapis Cheese
by :Resepi Sheila Rusly

* Sebelum mula membuat kek, pastikan semua bahan berada pada suhu bilik yer.
Bahan-bahan - Kek cheese
250 gm cream cheese - saya guna jenama tatura, satu peket 250 gm
60 gm gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 biji telur- saya guna gred B
1sudu besar air
i sudu tepung gandum
Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Saya guna hand mixer.
2. Masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Biarkan sebentar.
Bahan-bahan - Kek coklat
2 biji telur- gred B
1 cawan gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum **
3 sudu besar serbuk koko**
1 sudu kecil baking soda**
1/2 sudu baking powder**
** Diayak terlebih dahulu.
Cara penyediaan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. sau guna hand mixer.
Setelah kembang, masukkan esen vanilla dan garam.
2. Kemudian, masukkan air panas, susu cair dan minyak masak. Dan, kacau sebentar.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Kemudian, biarkan sebentar dan bahagikan kepada dua adunan.
Bahan-bahan - Coklat Ganache
150gm coklat masakan - saya guna jenama Nona
1/4 susu cair Resepi Sheila Rusly
1 sudu besar minyak/mentega
Cara penyediaan:
1. Panaskan susu dan coklat masakan (kaedah double-boiler). Jika direct api, coklat boleh hangit.
2. Padamkan api dan kacau sehinga cair.
3. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Ketepikan
Cara mengukus kek:
1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana. Balut penutup kukusan dengan kain yang bersih, untuk mengelakkan air kukusan jatuh kedalam kek.
2. Sapu sedikit mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak/ aluminium foil.
3. Tuang separuh adunan coklat kedalam loyang dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
4. Selepas 15 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan kek coklat. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan cream cheese diatasnya dan ratakan. kemudian, tutup balik menggunakan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
5. Setelah 20 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan cheese cake. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan kek coklat diatasnya dan ratakan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Setelah kek sejuk, tuang coklat ganache diatasnye. Alhamdullilah siap!




 

No comments:

Post a Comment