Atas Nama Cinta

Thursday 12 February 2015

Nasi Ayam Simple


Assalammualaikum..

Cerita malam tadi....

balik keje terus amik dak bambam n terus ke pasar malam area sana...so kat sana pilih² barang nak beli sbb macam nak cuba nasi ayam je...
Mood terlebih rajin malam tadi so terhasil la nasi ayam homemade cooking by me...hahaha
umur dah 30an baru la 1st time wat nasi ayam...pernah tolong arwah mak buat je...buat sendiri baru la 1st time mencuba...tidak mengecewakan...mau bagi berapa bintang yaaaa????hahaha
Resepi nasi ayam aku google je xigt blog sape sbb aku search mcm² cara nak wat nasi ayam ni kan...rupa²nya senang aje...so aku wat resepi ni sendiri mengikut bahan² yang ade je...anak² n suami suke so aku pon double suke...happy!!!
pagi² ni seblom ke sekolah pon anak² hadap lagi nasi ayam ni utk breakfast pulak...hihi






Resepi Nasi Ayam Simple :

Bahan Rebusan Ayam

1 ekor ayam dipotong kecil 
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inc halia (ditumbuk)
2 kiub ayam

Bahan Perapan Ayam

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inc halia (ditumbuk)


Basuh bersih ayam, satukan bahan² ditumbuk dan kiub ayam ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya dan rebus hingga ayam empuk.

Bila ayam dah empuk, angkat ayam dan toskan.
Baki air rebusan jangan di buang kerana kita akan gunakan untuk masak nasi dan membuat sup. 
Satukan bahan perapan dan lumurkan bahan perapan pada ayam dan perap sebentar.Sementara tu kita boleh sediakan pula nasinya.



Bahan Nasi Ayam:

Nasi 4 pot
2 ulas Bawang Putih* (ditumbuk)
1 inc halia* (ditumbuk)
2 kuntum Bunga Lawang*
5 biji Buah Pelaga*
1 sudu mentega
3 helai daun pandan
air rebusan ayam

Basuh beras dan toskan air.
Panaskan mentega lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masak nasi seperti biasa. (aku masukkan bahan tumis ke dalam rice cooker)

Bahan Sos

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 sudu terh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan  air rebusan ayam

Sos Kicap

Baki air campuran kicap perapan ayam
Tambahkan sedikit kicap manis
Kalau kuah pekat boleh tambahkan sedikit air rebusan ayam

Bahan Untuk Sup

Air rebusan ayam  just tambahkan garam secukup rasa. hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

Akhir sekali boleh lah di goreng ayam yang diperap tadi. xperlu di goreng lama sbb ayam telah masak direbus tadi...

dah siap dan hiaslah dengan daun salad, tomato dihiris dan timun dihiris





nampak menyelerakan kan..kan...hikhikhik

No comments:

Post a Comment