Atas Nama Cinta

Thursday 12 February 2015

Nasi Ayam Simple


Assalammualaikum..

Cerita malam tadi....

balik keje terus amik dak bambam n terus ke pasar malam area sana...so kat sana pilih² barang nak beli sbb macam nak cuba nasi ayam je...
Mood terlebih rajin malam tadi so terhasil la nasi ayam homemade cooking by me...hahaha
umur dah 30an baru la 1st time wat nasi ayam...pernah tolong arwah mak buat je...buat sendiri baru la 1st time mencuba...tidak mengecewakan...mau bagi berapa bintang yaaaa????hahaha
Resepi nasi ayam aku google je xigt blog sape sbb aku search mcm² cara nak wat nasi ayam ni kan...rupa²nya senang aje...so aku wat resepi ni sendiri mengikut bahan² yang ade je...anak² n suami suke so aku pon double suke...happy!!!
pagi² ni seblom ke sekolah pon anak² hadap lagi nasi ayam ni utk breakfast pulak...hihi






Resepi Nasi Ayam Simple :

Bahan Rebusan Ayam

1 ekor ayam dipotong kecil 
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 inc halia (ditumbuk)
2 kiub ayam

Bahan Perapan Ayam

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inc halia (ditumbuk)


Basuh bersih ayam, satukan bahan² ditumbuk dan kiub ayam ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya dan rebus hingga ayam empuk.

Bila ayam dah empuk, angkat ayam dan toskan.
Baki air rebusan jangan di buang kerana kita akan gunakan untuk masak nasi dan membuat sup. 
Satukan bahan perapan dan lumurkan bahan perapan pada ayam dan perap sebentar.Sementara tu kita boleh sediakan pula nasinya.



Bahan Nasi Ayam:

Nasi 4 pot
2 ulas Bawang Putih* (ditumbuk)
1 inc halia* (ditumbuk)
2 kuntum Bunga Lawang*
5 biji Buah Pelaga*
1 sudu mentega
3 helai daun pandan
air rebusan ayam

Basuh beras dan toskan air.
Panaskan mentega lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masak nasi seperti biasa. (aku masukkan bahan tumis ke dalam rice cooker)

Bahan Sos

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 sudu terh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan  air rebusan ayam

Sos Kicap

Baki air campuran kicap perapan ayam
Tambahkan sedikit kicap manis
Kalau kuah pekat boleh tambahkan sedikit air rebusan ayam

Bahan Untuk Sup

Air rebusan ayam  just tambahkan garam secukup rasa. hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

Akhir sekali boleh lah di goreng ayam yang diperap tadi. xperlu di goreng lama sbb ayam telah masak direbus tadi...

dah siap dan hiaslah dengan daun salad, tomato dihiris dan timun dihiris





nampak menyelerakan kan..kan...hikhikhik

Wednesday 11 February 2015

SUP TULANG & SAMBAL IKAN

Assalammualaikum...

hai...di petang hari ni nak kasi cuci mata sket...resepi wajib masak sebulan 3 kali...hahaha
sup tulang dan sambal ikan bilis...kalo masak sup xsah la kalo xde sambalkan...tu la selera Mr. A aku...hehehe

SUP TULANG

SAMBAL IKAN BILIS



Friday 6 February 2015

My BamBam

Assalammualaikum...  cerita hari ini...
aryan with my bos... 
how lucky my little boy ;p
kenal tak dengan bos saya ni...hihihi





Thursday 5 February 2015

Cucur Jawa


Cucur Jawa


1 1/2 cwn gula merah #
1/2 cawan gula pasir #
2 cawan air #


2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
sedikit garam

cara²:
- masak bersama bahan² bertanda #  hingga larut... kemudian sejukkan
- tuang dalam adunan tepung dan garam kacau sebati... then tapis kan..takut ada tepung ketul² lagi...
- perap adunan sekurang-kurangnya 3 jam.. lagi lama lagi bagus


 - panaskan minyak sedikt 
(bukan byk mcm deep fry yer, cukup sekadar dapat goreng 1 keping cucur )
minyak  dan api kena maintain kepanasanya..
jgn plak main kejap besar kecip kecik api tu..hihi..kena byk sabar ok

 - sendukkan adunan dalam minyak dan goreng hingga bahagian tengahnya menggelembung.
 baru di terbalikkan
- goreng satu per satu hingga habis

Good Morning

assalammualaikum... 
good morning!!! pagi2 dh wat keje tp lom mandi lg...ahaks



hari ini punye cerita... pagi tadi dak bambam ikut mama g opis jap...dgn x mandi lagi..tgk la muka dia tu nmpk sgt baru bgn tido kan....ahaks

Sunday 1 February 2015

Nasi Lemak Simple

Assalammualaikum...

hari ni mood nak makan nasi lemak... request dari anak²... so layan kan je la bahan² yang ade saje kat dapur...hehehe


Nasi Lemak Simple

Bahan-bahan 

  • Bahan untuk nasi:-
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan n 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • cili kering mesin
  • 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • 2 keping asam keping
  • garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur dadar dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan asam keping dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. selesai 




Jeruk Mangga Asam Boi Pedas

Assalammualaikum...

Fenomena jeruk mangga semakin menjadi kegilaan ramai... mmg mabeles dan terangkat la... xcukup sebalang kalo gaya ni....hahaha
so aku pon nak gak try dan terhasil sudah dapat la 2 bekas... mmg sdp sgt² weiiii.... layankan aje pic jeruk mangga asam boi..

cara² nak buat..
mangga muda (potong kecik²)
gula (ikut rasa)
asam boi (hiris)
cili padi (potong kecik)

* satukan semua bahan dan masukkan dalam bekas kemudian goncang² kan bekas kasi semua bahan² sebati (ganas x aku...hahaha). perapkan semalaman di dalam peti sejuk mmg sedap...